fbpx

Hannah Delisha Tak Suka Jaja Kisah Peribadi, Lebih Suka ‘Low Profile’

Dikatakan sukat memberi kerjasama dengan pihak media, pelakon Hannah Delisha menafikan perkara itu dan mengatakan dirinya masih sama sejak dari mula muncul dalam industri hiburan.

Menurut Hannah, tujuan dia masuk dalam industri untuk menghiburkan peminat dan tidak gembar untuk menjual kisah peribadinya kepada umum.

BACA: Hannah Delisha Padam Lebih 800 Gambar Free Hair, Tak Tutup Aurat

“Dari dulu sampailah sekarang, saya tak rasa ada perubahan yang besar pun. Saya masih Hannah Delisha yang sama. Fokus utama saya pun lebih kepada dalam soal kerja sahaja.

“Saya nak hiburkan peminat dengan hasil kerja. Baik lakonan, nyanyian atau perniagaan sekalipun. Pada yang kenal saya, tahu diri ini lebih bersikap ‘low profile’.

“Saya pun tak suka nak kecoh-keco. Saya pun tak biasa nak kongsi hal peribadi. Kalau saya rasa nak kongsi, pasti saya sedia berbuat demikian,” katanya.

Terpaksa melupakan untuk memberi tumpuan kepada bidang nyanyian buaut sementara waktu, Hannah berkata dia sentiasa terbuka menerima tawaran lakonan yang sesuai dengan imejnya.

“Sepatutnya saya nak kembali fokus dalam bidang nyanyian. Tapi tergendala sebab situasi semasa. Malah, pada masa sama saya juga akan lancarkan perniagaan baju rekaan modest untuk wanita.

“Saya tak pernah bimbang dan risau dengan rezeki saat buat keputusan bertudung. Apa yang penting saya akan buat yang terbaik dengan amanah kerja diberikan.” katanya