Hannah Delisha Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah
Mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu, pelakon Hannah Delisha mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah.
Memetik Harian Metro, Hannah berkata dia juga tidak menghakimi mana-mana selebriti wanita yang membuat keputusan untuk membuka hijab.
BACA: Fesyen Bengkung Hannah Delisha Di KLFW Ditegur Netizen
“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik,” katanya.
Menurut Hannah lagi, dia juga pernah berdepan ujian imannya naik turun serta terkenang ketika sebelum bertudung namun tidak mahu terlalu memikirkannya.
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.
“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.
“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Hannah berkata sebelum ini dia tidak memahami maksud komen “semoga istiqamah’ yang sering ditinggalkan oleh netizen.
“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.
“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
..tak heran..tu namanya manusia biasa..hati sentiasa bolak balik..cuma bila dah togel balik tu takyah arr show off satu dunia..
kalau awak fikir, azab rambut tu dibakar api neraka mungkin awak tak terfikir pasal panasnya bila berhijab. apapun moga awak dan semua wanita istiqamah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
ooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……………………………… si penipu ne! manasja ko lah! nada org peduli!!
ooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……………………………… si penipu ne! manasja ko lah! nada org peduli!!
Istiqamah mmg susah tambah2 klu lawa. X caya tya emma embong, senrose thing, tu yg retis kena cancer apatah tu yg dedah aurat after sembuh, aida penerbit tu, then yg bini boboy ke apa nama yg kaler rambut cam clown n bini muka bulat tu.eh bykla
Suami dia ni nama imam kan? Moga satu hari dia mampu utk istiqomah tutup aurat. Mmg x senang. Tp kena ada usaha. Dalam usaha kena ade paksaan. Memang akan rasa terpaksa. Tapi lama2 akan biasa.
Sapa sekeliling kita tu pun main peranan. Kalau kita dikelilingi org2 baik2 yg selalu bg support dan nasihat positif, Insyallah kita mampu jer konsisten dgn amalan masing2. Tp bila kita bergaul dgn org2 yg salah itu yg iman kita akan cpt terbang. Sbb terpengaruh dgn tinggkah laku atau nasihat2 yg salah.
Ni lagi satu….Istiqomah…..tu Istiqomah jugak dik…..restu ibu dah dapat belum?