fbpx

Fesyen Bengkung Hannah Delisha Di KLFW Ditegur Netizen

Pasti ramai tahu kini berlangsungnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang sememangnya menjadi perhatian ramai apatah lagi ianya dihadiri oleh ramai selebrtiti.

Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha turut hadir menggayakan busana rekaan Alia Bastaman dengan rona oren pada acara tersebut.

BACA: Netizen Tegur Hannah Delisha Jaga Aurat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady Delicia (@hannahdelisha)

Namun, ramai yang kurang senang dengan fesyen yang digayakan oleh Hannah yang memakai bengkung di luar persalinan kerana dianggap kurang sesuai dengan imej bertudung.

Diruangan komen, ada segelintir netizen mempersoalkan bengkung yang dipakai oleh aktres tersebut mencemarkan penampilan muslimahnya.

Malah, ada netizen mengatakan mereka lebih sukakan penampilan Hannah ketika di awal dirinya berhijab yang dilihat lebih sopan dan sejuk mata memandang.

Terdahulu, Hannah mula berhijab pada sejak penghujung 2020. Pelakon dari Singapura itu kemudian mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah pada Februari 2021.