fbpx

Hanis Zalikha Terokai Dunia Kecanggihan 5G Dengan Oppo Find X2 Series

Zaman sekarang telefon pintar bukan alat komunikasi semata-mata, ada yang jadikan telefon pintar sebagai album private mereka untuk menyimpan segala memori yang dilalui setiap hari. Lebih menarik lagi, ada juga yang jadikan telefon pintar sebagai alat gaming yang paling canggih dengan tahap kelajuan yang luar biasa.

Memandang berat perkara ini, OPPO sekali lagi mencipta telefon pintar keluaran terbaru yang berfungsi memenuhi semua keperluan pengguna dengan kecanggihan beauty technology menerusi telefon pintar OPPO Find X2 Series 5G.

Pelancaran OPPO Find X2 Series 5G

Secara rasminya pelancaran telefon pintar OPPO Find X2 Series 5G akan berlangsung di laman Facebook OPPO bermula jam 12 tengahari.

Jadi kepada peminat setia OPPO jangan lupa untuk menonton secara live dan share pelancaran tersebut untuk memenangi OPPO Find X2 dan 12 pasang OPPO Enco Free secara percuma (tertakluk terma dan syarat).

1. Sokongan Mod dual 5G

Pengalaman permainan dan video telah dipertingkatkan dalam 5G dual-card mode dan roaming 5G + 4G global terkuat, dengan lebih banyak band daripada jenama lain. OPPO Find X2 Series 5G dibina dengan komponen CPU dan 5G yang berlainan untuk keselesaan pengguna, tidak cepat panas dan lebih lancar berbanding jenama lain yang menggabungkan keduanya.

2. Kehebatan Skrin Dengan Paparan Warna Yang Jelas

OPPO Find X2 Series 5G mempunyai skrin 6.7 inci, dengan kuasa resolusi QHD + (3168 x 1440) daripada 513 ppi, memberikan paparan kandungan yang lebih jelas dan lebih baik walaupun di bawah cahaya matahari yang terang.

Paparan warna 10-bit mempunyai 1,000,000,000 (1 billion) warna memberikan ketepatan warna yang sangat baik dan ketepatan pemulihan warna. Sekaligus memberikan paparan visual yang paling tip top sekali buat anda.

Skrin Utama Pertama 120Hz


OPPO Find X2 Series 5G adalah telefon utama pertama dengan kadar penyegaran ultra tinggi 120Hz, yang akan membawa pengalaman permainan yang lebih tangkas dengan pengalaman visual dan operasi yang lancar untuk anda.

Sistem kadar penyegaran ini akan bertindak secara automatik untuk menyesuaikan resolusi skrin berdasarkan keperluan pengguna. Tambah menarik lagi, kecanggihan yang digunakan sama hebatnya seperti kecanggihan di televisyen. Sekarang kecanggihan ini ada pada telefon pintar terbaru OPPO.

3. 48MP Bagi Kuasa Kamera Kembar Tiga

Telefon pintar keluaran OPPO yang terbaru ini mempunyai 48MP kamera utama Sony IMX689 + 48MP. Manakala Sony IMX586 untuk ultra-wide angle dan kuasa kanta telefoto 18MP.

Ini sekaligus akan memberi ketepatan warna terang dan peralihan cahaya yang semula jadi kepada gambar dan video.

Kuasa 60X Zoom Digital

Zum hibrid 10x generasi kedua ini boleh pergi sehingga 60x zoom digital. Yang paling menarik, OPPO Find X2 Series 5G membolehkan pengguna untuk mendapatkan sesuatu gambar close up mahupun gambar peribadi dengan jelas meskipun diambil dalam jarak yang jauh.

Ultra Night Mode

Tidak menggunakan Ultra night Mode

OPPO X2 Series 5G menggabungkan Ultra Night Mode 3.0, dan mampu memberi jaminan momen yang sempurna dalam gambar walaupun diambil dalam apa jua keadaan.

Menggunakan kuasa Ultra Night Mode 3.0

Paling best, dengan kuasa ultra night mode yang ada pada OPPO X2 Series ini akan menjadikan gambar waktu malam anda lebih berkualiti berbanding telefon pintar lain.

Ultra Steady Video 2.0

Telefon pintar keluaran terbaru OPPO ini menawarkan sehingga 4K @ 30fps video. Paling menarik lagi, part video yang ada pada OPPO X2 Series 5G ini menggunakan penstabilan imej Hibrid (HIS), penstabilan imej optik bersepadu (OIS) dan penstabilan imej elektronik (EIS).

Fungsi video ultra steady 2.0 akan jadikan objek dalam gambar jelas dan tajam meskipun dalam keadaan pergerakkan yang pantas.

Soloop

Peranan sebenar soloop dalam OPPO X2 Series ini akan menjadikan gambar mahupun video anda dicantum menjadi satu video yang menarik. Kiranya soloop ini berfungsi sebagai sistem edit yang power lah untuk anda dapatkan video yang gempak.

Dengan soloop juga anda boleh adjust kelajuaan video mahupun ingin masukkan rakaman muzik yang menarik dengan hanya menggunakan fungsi yang ada pada soloop untuk menjadikan kesan bunyi yang lebih hebat.

4. 65W SuperVOOC 2.0




Part ini paling best, sebab telefon pintar ini dilengkapi dengan keluasan beteri sebesar 4200mAh yang sudah semestinya mampu digunakan dalam jangka masa yang lama.

Bukan itu sahaja, telefon keluaran OPPO yang terbaru ini juga dihadiri dengan pengecasan terbaru 65w dengan sokongan SuperVOOC 2.0 yang paling selamat. Hanya mengambil masa 15 minit untuk dapatkan kuasa beteri sebanyak 60%.

5. Qualcomm Snapdragon 865

Semakin canggih dan wow dengan Qualcomm Snapdragon 865 yang berfungsi untuk perkhidmatan rangkaian yang lebih cepat dan permainan video game yang lebih pantas tanpa sebarang gangguan.

6. Penjualan Pertama OPPO Find X2 Series 5G

Bagi anda yang tak sabar untuk membawa pulang telefon pintar ini, anda boleh terjah 2 event ini untuk bawa pulang telefon canggih ini.

i) Diadakan di OPPO Pavilion Flagship Store

Jualan pertama OPPO Find X2 akan diadakan di OPPO Pavilion Flagship Store, pada 14 Mac bermula jam 3 petang. Bagi anda yang melakukan pre-order pada 6 hingga 13 Mac untuk OPPO Find X2 dan pre order untuk OPPO Find X2 Pro bakal bermula pada 6 hingga 20 Mac.

Bagi anda yang melakukan pre order bakal mendapat VOOC Powebank (bernilai RM299), waranti bertambah 1 tahun, perlindungan skrin 3 bulan (bernilai RM299). Jika pelanggan dan collect pada hari ke-14 di Pavilion akan mendapat hadiah percuma tambahan iaitu OPPO Enco Free (bernilai RM499).

ii) Di Kedai OPPO Pavillion

Cara kedua untuk anda dapatkan telefon pintar ini, anda boleh terjah mana-mana kedai OPPO di Pavilion bermula 21 Mac. Pre order yang dibuat dari 6 hingga 20 Mac akan mendapat VOOC Powebank (bernilai RM299), jaminan selama 1 tahun, perlindungan skrin 3 bulan (bernilai RM299). Jika pelanggan dan collect pada 21 Mac di Pavilion akan mendapat hadiah PERCUMA tambahan iaitu OPPO Enco Free bernilai RM499).

iii) Roadshow

Jika anda tidak boleh pergi ke Pavilion mahupun tinggal di luar Lembah Klang, anda boleh membuat pre order dan ambil phone tempahan anda di kedai terpilih untuk dapatkan OPPO Enco secara percuma.

Reka Bentuk Yang Anggun Dan Elegan

OPPO Find X2 Pro dilengkapi dengan 2 warna Black Ceramic dan Orange (Vegan Leather) dan OPPO Find X2 Series 5G dilengkapi dengan warna Ocean Glass. Tapi kesemua warna ini cantik!

Menarik kan, telefon dah lah cantik, reka bentuk pula elegen. Memang menjadi idaman ramai lah. Untuk anda yang nak tukar angin kepada OPPO Find X2 5G mahupun OPPO Find X2 jangan lupa tekan link pre order ini. Siap dapat free gift lagi.

Maklumat lanjut layari laman rasmi OPPO, laman rasmi OPPO store dan Shoppe.

Tapi sebelum itu, kami belanja anda perbandingan dua telefon pintar ini.