Memiliki nama yang seakan sama, Hanis Zalikha akui ada segelintir peminat yang terkeliru akan dirinya dengan pelakon kontroversi, Hanez Suraya. Sehingga sudah berkali-kali menerima tweet mahupun komen komen di Instagram yang menghentam dirinya berhubung isu percintaan Hanez Suraya baru baru ini.

Hanis Zalikha akui kesal dengan perkara tersebut. Namun mengambil langkah untuk berdiam diri dan mengharapkan apabila kes pelakon tersebut sudah reda, namanya tidak lagi dikaitkan dengan pelakon tersebut.


“Ada satu hari, fan club beritahu ada orang tersilap tweet berkaitan saya dan Hanez Suraya. Ahli fan club saya nak reply tweet tu tapi saya halang. Tidak lama selepas tu, orang yang tweet tu mintak maaf sebab dia baru sedar dia dah tersalah orang,” jelasnya ketawa.

Walaupun orang ramai sering tertukar nama mereka berdua, Hanis menjelaskan yang dia tidak pernah pula terfikir untuk menukar namanya.

“Sampai ada yang suruh saya guna nama Zalikha sahaja. Tapi Hanis tak mahu lah. Sebab dah selesa and senang dengan nama yang digunakan sekarang”

Walaupun dia sedar orang ramai cuma terkeliru dengan nama yang hampir sama, pernah juga terdetik di hati Hanis ketika orang ramai menonton program Raikan Cinta, orang bukan sahaja tersilap nama bahkan mungkin tersilap orangnya sekali.


Apa yang diharapkan oleh Hanis agar semua kontroversi yang melibatkan Hanez Suraya berakhir dengan segera. Tambahnya, hubungan mereka berdua tidak ada apa-apa masalah. Malah mereka kerap juga keluar bersama kawan-kawan lain.

Dalam perkembangan baru, Hanis Zalikha kini merupakan wajah baru Safi Balqis menggantikan Shila Amzah dan dia ditemui pihak media di majlis pelancaran Safi Balqis White Trilogi sekaligus memperkenalkan pelakon dan pengacara ini sebagai Gadis Balqis yang baru. (rtky/bsr)