fbpx

Hanis Zalikha Lali Kecaman Orang Ramai

Hidup di zaman kepesatan teknologi dan akses mudah kepada laman sosial bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan manusia biasa. Malah impak lebih besar pastinya dirasai oleh golongan selebriti termasuklah Hanis Zalikha yang sering menerima kritikan dalam membesarkan anak.

BACA: Hanis Zalikha Dikongkong Suami?

“Saya sudah terbiasa dengan komen-komen netizen yang sentiasa tidak kena di mata mereka dan ada sahaja topik yang ingin diperkatakan. Nak cakap apa pun, cakaplah. Kami tak pernah kecil hati dengan komen orang luar dan kami tahu apa yang terbaik untuk Yusuf”

“Bukan saya sahaja yang menerima kritikan, malah anak artis lain turut menerima nasib yang sama. Ada saja yang mereka nak kritik!,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagi siapa yang mengikuti Hanis pastinya anda sudah sedia maklum dia seringkali berkongsikan teknik penjagaan bayi di Instagram. Bagi Hanis, apa yang dikongsikannya itu mungkin dapat membantu lebih ramai ibu bapa baru menguruskan anak mereka.

“Selain berkongsi ilmu dengan orang lain, mungkin satu hari nanti bila saya dah ada anak kedua, saya boleh baca semula apa yang saya kongsi di laman sosial. Nanti kalau dah terlupa cara penjagaan bayi, boleh cari di Instagram sendiri,” katanya. (rtky/s)