fbpx

Hanis Zalikha Kongsi Pandangan Jelik Orang Ketika Alahan

Sedang mengalami alahan kandungan kedua mengingatkan Hanis Zalikha kepada pengalaman ketika mengandungkan Yusuf Iskandar dulu. Kongsi Hanis, beliau pernah berdepan dengan pandangan jelik masyarakat yang tidak faham tentang alahan yang dialami wanita.

BACA: Hanis Zalikha, Hairul Azreen Bakal Timang Anak Kedua

“Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu. Ada satu pagi tu, kami dalam perjalanan ke pejabat dan setiap kali kami akan singgah satu kafe ni untuk sarapan sebelum kerja”

“Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dan nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan tak nak muntah tahan punya tahan tapi lari juga ke tandas kafe tu”

Cerita Hanis lagi, terdapat seorang pelanggan meluahkan rasa marah apabila mendegar bunyi muntah tersebut. Namun suaminya, Hairul Azreen tampil mempertahankannya dan meminta maaf kepada individu tersebut.

“Ada pakcik tua ni buat muka menjengkelkan selama kedengaran Hanis muntah tu. Semasa dia bayar kat kaunter dia bising sampai satu kafe dengar. Dia cakap ‘apa ni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah”

“Jadi suami saya bangun dan bercakap kepadanya ‘Ya abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik berlalu pergi,” tulisnya di Instagram. (rtky/w)