fbpx

Hanis Zalikha Dikecam Buat Video Masakan Dalam Bahasa Inggeris

Pasti ramai tahu pelakon Hanis Zalikha tidak lokek berkongsikan resepi menu masakan khas buat peminatnya. Baru-baru ini, Hanis ada memuat naik video resepi satu menu yang sangat digemari oleh kleuarganya.

Turut berkongsikan video resepi, Hanis turut mengajak pengikutnya untuk mencuba menu sarapan pagi diciptanya sendiri yang diberi nama Cheesy Blueberyy Garlic Spread.

BACA: Hanis Zalikha Sebak Dengar Anak Minta Belajar Berwuduk

https://www.instagram.com/tv/CELIT2XJfQ_/?utm_source=ig_embed

Namun apa yang menjadi perhatian apabila Hanis bertutur sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dalam video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan kemampuannya untuk menggunakan bahasa Melayu.

Dalam pada itu, namun ada yang mempertahankan isteri kepada Hairul Azreen itu dengan mengatakan tiada salahnya menggunakan bahasa Inggeris kerana Hanis memperomosikan barang dari luar negara.

Meskipun ramai yang mengecam namun Hanis dilihat hanya berdiam diri dan tidak memberi rekasi terhadap komen tersebut mungkin kerana sudah lali dengan kritikan serta kecaman netizen.