fbpx

Hanis Zalikha Hamil Anak Ketiga?

Perkongsian terbaru isteri kepada pelakon Hairul Azreen iaitu Hanis Zalikha menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama suami tercinta di Instagram.

Menerusi foto itu, memaparkan momen pasangan selebriti itu bercuti bersama kedua-dua anak mereka iaitu Yusuf dan Alisa ke Maldives. 

BACA: Hairul Azreen, Hanis Zalikha Tempah Satu Pesawat Bawa Staf Bercuti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Salah satu foto dikongsikan menjadi bualan apabila Hairul bergambar sambil meletakkan tangan pada perut Hanis sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Malah, dalam beberapa foto yang dimuat naik ada netizen mendakwa kelihatan seperti ‘baby bump’.

Diruangan komen ada netizen mengucapkan tahniah meskipun tiada pengesahan rasmi daripada pasangan tersebut serta membuat spekulasi Yusuf dan Alisa akan menjadi kakak dan abang tidak lama lagi.