fbpx

Hairul Azreen, Hanis Zalikha Tempah Satu Pesawat Bawa Staf Bercuti

Setiap kali pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha memuat naik perkongsian mengenai percutian pasti akan menjadi perhatian apatah lagi ramai yang terpegun dengan kemewahan dan destinasi luar biasa dikunjungi mereka.

Baru-baru ini, perkongsian pasangan itu sekali lagi menjadi perhatian apabila menempah sebuah pesawat untuk membuat semua staf mereka bercuti di Pulau Redang.

BACA: Muncul Dalam Filem Beruniform Lagi, Netizen Muak Tengok Muka Hairul Azreen?

https://www.tiktok.com/@hairul_azreen88/video/7147550793489599771?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7147550793489599771&lang=en

Difahamkan, selain bercuti rombongan itu juga turut menjalani penggambaran untuk produk terbaru keluaran syarikat mereka.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pemurah aktor itu yang sanggup berbelanja besar serta menghargai para pekerja.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan mahu bekerja dengan pasangan itu kerana mahu merasai percutian mewah tersebut.