Hanis Zalikha Sebak Dengar Anak Minta Belajar Berwuduk
Dalam ramai-ramai anak selebriti, boleh dikatakan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai.
Ramai yang suka melihat telatah dua beradik itu yang bijak dan pandai mengikut teladan ibu bapanya. Baru-baru ini perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai apabila anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk.
BACA: Baru Usia Setahun, Alisa Aisyah Raih Sejuta Pengikut Di IG
Menerusi Instagram, Hanis berkongsikan anaknya berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.
Pertanyaan anaknya itu sekaligus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen turut berasa terharu dengan permintaan anak pasangan selebriti itu. Malah, ramai yang memuji Yusuf seorang anak yang cerdik.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Yusuf akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.
Alhamdulillah.. Yg tu bagus.. Lagi satu, moga nanti Yusuf tak ikut perangai bodoh bapak dia yg acah2 sado… ?
Gosh dia ni lagi. Next.
Anak awk mmg srba boleh la.snang cite.