fbpx

Hanis Zalikha Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Bergerak

Dijangka bakal melahirkan cahaya mata kedua pada Jun depan, Hanis Zalikha berkongsikan detik cemas yang dilaluinya apabila bayi dalam kandungannya secara tiba-tiba tidak bergerak ketika menjalani ibadah puasa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hanis memberitahu bayinya yang sebelum ini sangat aktif tidak bergerak dan mengeras pada hari kedua berpuasa. Bagaimanapun, keadaan bayinya kembali normal dan mula bergerak selepas Hanis segera berbuka puasa.

BACA: Hanis Zalikha Kongsi Pandangan Jelik Orang Ketika Alahan

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa, tak lapar dan tidak dahaga.

“Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras, lepas tu dia diam je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia tak respon.

“Terus Daddy dia suruh buka puasa, minum air dan makan, dah teguk susu kurma, makan coklat, biskut, dan baby terus tendang kuat gila,” tulisnya.

Kata Hanis lagi, doktor juga menasihatkan untuk sentiasa menjaga dan peka dengan tendangan bayi dalam kandungan. Dalam pada itu, Hanis turut meminta orang ramai mendoakan keselamatan dan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Hanis dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Yusuf Iskandar kini berusia dua tahun.