fbpx

Hanis Zalikha Belum Sedia Dedah Jantina Anak

Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha yang sedang sarat mengandung dengan usia kehamilan mencecah tujuh bulan menyatakan, beliau dan suami, Hairul Azreen masih belum bersedia untuk mendedahkan jantina bayi yang bakal lahir pada tarikh sama dengan hari perkahwinannya, 5 Jun.

BACA: Hanis Zalikha Kini Hamil Empat Bulan

“Ia agak mencabar kerana saya belum biasa berdepan dengan situasi ini. Kebiasaannya, wanita hamil akan mengalami alahan teruk pada trimester kandungan tetapi saya pula hingga ini, masih muntah-muntah. Cuak juga tetapi saya cuba cekalkan diri dan menganggap ia sebagai ujian Allah. Pernah saya bertanya ibu, tetapi dia hanya melalui alahan teruk pada trimester pertama”

“Ibu mentua pula sudah lupa pengalaman itu kerana melahirkan anak terakhir 28 tahun lalu. Saya anggap semua ini sebagai dugaan ketika mengandung, mungkin Allah ingin pemudahkan semua urusan saya ketika bersalin kelak, insya-Allah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Hanis Zalikha yang baru sahaja melancarkan koleksi pakaian raya, His & Her dengan kolaborasinya bersama suami baru-baru ini berkata, walaupun perutnya semakin membesar tetapi beliau tetap aktif melakukan kerja kerana sikapnya yang tidak suka duduk diam. Malah beliau juga berharap, anaknya yang bakal lahir nanti akan mengikut jejak langkahnya.

Manakala apabila ditanyakan mengenai perancangannya selepas melahirkan bayi pertamanya, Hanis berkata, dirinya mungkin akan mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara yang tidak memerlukan banyak masa diluar. Malah suaminya juga bersetuju jika beliau tidak terlalu aktif didalam bidang lakonan yang menuntut lebih banyak masa diluar. (rkty/w)