Hanis Zalikha Hamil Empat Bulan, Kini Tunai Umrah Bersama Suami
Tahniah kepada pasangan manis Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkara yang pastinya menggembirakan keluarga kedua-dua belah pihak tersebut dikongsikan Hairul melalui akaun Instagramnya.
BACA: Lagi Gambar Percutian Bulan Madu Hanis Zalikha & Suami
“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,” jelas Hairul di Instagram.
Perkara tersebut pastinya mendapat reaksi positif daripada pengikutnya yang sudah pun mencecah 1.3 juta orang selain dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada mereka.
Hanis dan juga suaminya kini sedang mengerjakan umrah dan juga bulan madu bersama. Semoga segala perjalanan dan juga perancangan pasangan ini akan sentiasa dipermudahkan. (rtky/s)
congrats!!
Alhamdullilah…Tahniah semoga semua berjalan dgn baik, Amin.
syukur alhamdulillah…ini satu amanah yg diberikn dn anugerah dari Allah SWT..jaga elok2 tau
tahniah , keknis and abehairul ! semoga menjadi ibubapa yang baik dan moga baby yg akn dilahirkan menjadi anak ug soleh dan solehah .
Hepi 4 u.thniahhh
Prsiapkn dri tuk mnjdi ibu bpa yg baik pd ank.b a good model to yur kids
congrats..