Ogos ini, anda semua punya sebab untuk pergi menonton filem animasi terbaru Planes kerana ianya akan di’tayangkan di pawagam dalam 2 versi, bahasa Inggeris & juga bahasa Melayu.
Filem ini bakal menuju ke pawagam pada 15 Ogos 2013 & dibintangi oleh penyampai JoHaRa Pagi ERA, Haniff Hamzah dalam versi Bahasa Melayu!
Haniff Hamzah akan memegang watak sebagai Dusty dalam filem aksi pengembaraan animasi Planes ini.
Beliau sebelum ini pernah menyumbangkan suaranya untuk watak kecil dalam film The Smurfs dan Madagascar merupakan watak utama di dalam filem yang di’inspirasikan dari animasi Cars ini.
Haniff Hamzah dijangka terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada pertengahan Julai ini untuk bertemu dengan barisan pelakon Planes yang asal iaitu Dane Cook, Teri Hatcher dan ramai lagi.