Jika anda berada di’pejabat ketika ini, kita sebenarnya senasib kerana niat untuk cuti seminggu tidak kesampaian. Sempena itu, selamat menyambut Awal Muharram.
Malam tadi, bercakap menerusi program Meletop di Astro Ria Hanez Suraya berkata yang beliau sebenarnya tidak tahu sebarang perancangan untuk bertunang tahun hadapan.
“Ya Allah, mana dengar pasal perkara ini? Masalahnya perkara tunang ini memang Hanez tidak tahu tetapi kalau datang dari Awi (Rafael) — itu Hanez tidak tahu,” ujar beliau.
“Yang penting sekarang, kami berdua sedang berusaha keras untuk mengumpul duit. Kalau jodoh kami panjang, kami akan beritahu semua,” tambah Hanez Suraya melalui telefon.
Hanez Suraya menjawab isu percakaran dengan Amy Search yang menjadi perhatian media akhir akhir ini dengan berkata beliau tidak suka dengan situasi yang berlaku kini.
“Hanez sudah minta maaf sejak isu pertama lagi. Kalau masih ada pihak yang tidak senang dengan Hanez, apa salahnya perkara ini kita selesaikan sesama kita berdua sahaja”
“Sebenarnya, tidak perlu untuk melibatkan pihak luar sedangkan masalah ini antara kita berdua. Kita boleh selesaikan sama sama kita,” tambah kekasih Awi Rafael ini lagi.