Pelakon jelita, Hanez Suraya memberitahu kepada pihak media bahawa punca dia putus cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan juga seorang penyanyi iaitu Awi Rafael disebabkan tiada lagi persefahaman dan komitmen kerja yang semakin hari semakin mencabar menyebabkan mereka mengambil jalan untuk berpisah.

“Sebenarnya, sebelum ini saya dan dia telah beberapa kali cuba untuk menyelamatkan masalah perhubungan kami ini, tetapi nampaknya tidak ada jalannya lagi dan selepas itu kami mengambil keputusan untuk menamatkan sahaja perhubungan kami ini. Bagi saya inilah jalan yang terbaik bagi kami berdua,”katanya ketika sidang media Autumn Di Hatiku.

Hanez juga menafikan bahawa hubungan mereka ini disebabkan oleh punca orang ketiga, kerana baginya itu adalah spekulasi orang sahaja, kerana puncanya sebenar adalah tidak adanya lagi persefahaman dan juga komitmen kerja masing-masing sehingga sukarnya mereka untuk bersama-sama lagi.

“Hanez memang masih sayangkan Awi. Mungkin sebab dulu kami terlalu rapat. Tak dinafi, mula-mula tu memang la kecewa tapi disebabkan hubungan kami dah lama dingin, dan baru-baru ni jer sampai ke pengetahuan umum, jadi Hanez lebih tenang dan boleh terima semua ni”

“Bukan punca orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya putus dengan tiba-tiba tetapi ini adalah kerana komitmen kerja masing-masing sehingga kami berdua sukar untuk bertemu dan disebabkan itulah tiadanya lagi persefahaman di antara kami,”katanya.

Sementara itu, Hanez akan muncul dalam drama dersiri sulung di laman web Tonton, bermula 3 Julai ini. Dalam watak tersebut dia menjadi seorang perempuan yang begitu obsess terhadap K-Pop, dan akan bersama-sama dengan artis Korea Kim Jin Sung. Bagi peminat-peminat Hanez dan K-Pop jangan lupa untuk menyaksikannya bermula pada 3 Julai ini di laman sesawang www.tonton.com.my

×