fbpx

Hanez Suraya Lupakan Lakonan Demi Keluarga

Pelakon yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama kira-kira hujung tahun lalu, Hanez Suraya mengakui sesekali terasa rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera. Namun hasratnya terpaksa dilupakan kerana kini tumpuannya lebih kearah keluarga tersayang.

BACA: Gambar Comel Anak Hanez Suraya, Putri Aleesya

“Jika diikutkan rasa hati, memang saya berasa rindu untuk berlakon semula. Bagaimanapun keadaan belum mengizinkan saya berbuat demikian. Tawaran untuk saya membintangi drama memang ada, cuma waktunya kurang sesuai. Jadi, nampaknya belum ada rezeki untuk saya kembali ke lokasi penggambaran”

“Saya menguruskan sendiri keluarga dan anak, tanpa pertolongan pembantu rumah. Pendek kata, saya kini jadi ‘supermom’ kerana menguruskan segala-galanya,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kehidupannya yang kini sibuk menguruskan hal rumah tangga serta anak sulung perempuan yang tersayang.

Terdahulu suami, Romie ada mengeluarkan kenyataan bahawa jika Hanez ingin berlakon perlu ada syaratnya. Tetapi yang paling penting, watak dan skrip yang diterima perlulah sesuai dengan status Hanez sekarang yang sudah berkeluarga, apalagi bergelar ibu. Malah, beliau juga tidak kisah jika anaknya nanti bakal menjadi bintang popular. (rkty/w)