fbpx

Hanez Suraya Digelar Bodoh Kerana Berpakaian Ketat

Sejak mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, jarang sekali kita lihat Hanez Suraya di kaca televisyen. Jika anda mengikuti Instagram pelakon itu, sejak kebelakangan ini Hanez dilihat aktif melakukan aktiviti berbasikal.

Bagaimanapun, baru-baru ini Hanez ada berkongsikan mesej dihantar oleh netizen yang mengecam penampilannya yang berpakaian ketat dan mendakwa tidak menjaga aurat sedangkan bertudung.

BACA: Hanez Suraya, Suami Sambut Anak Perempuan Kedua

Menerusi mesej tersebut, individu berkenaan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Netizen itu turut bertanyakan soalan biadap adakah ibu bapa dan suaminya tidak ajar cara untuk menutup aurat.

“Macam nilah jadinya kalau hanya faham tutup aurat tu hanya pakai TUDUNG..what a st*pid id*ot thinking like you Hanezsuraya.. Nak tayang kat siapa bentuk body tu, bahal*l??,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan foto mana yang dimaksudkan oleh netizen berkenaan sehingga sanggup menggunakan bahasa yang agak kasar.

Tidak melatah dengan kata-kata negatif oleh netizen berkenaan, Hanes hanya mengucap istigfar terhadap kritikan melampau tersebut.