fbpx

Hanez Suraya, Suami Sambut Anak Perempuan Kedua

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Hanez Suraya dan suami diatas kelahiran puteri kedua mereka yang selamat dilahirkan pagi tadi di sebuah pusat perubatan. Berita gembira berkenaan disampaikan oleh suaminya, Romie.

BACA: Hanez Suraya Alami Keresahan Melampau Lepas Bersalin

Menurut Romie, bayi berkenaan selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.55 kilogram. Manakala buat ketika ini, Romie memberitahu Hanez juga berada dalam keadaan yang baik sahaja.

Dalam perkhabaran itu, Romie turut memaklumkan beliau dan isteri masih belum mempunyai idea untuk memberikan nama puteri kedua mereka itu. Terdahulu pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil. Dia memang wanita yang kuat. Belum ada ilham lagi. Pastinya kami mahu memberikan nama yang baik,” katanya. (rtky/w)