fbpx

Hanez Suraya Alami Keresahan Melampau Lepas Bersalin

Sudah lama kita tidak dengar cerita tentang pelakon cantik Hanez Suraya. Baru-baru ini, Hanez mendedahkan dirinya pernah mengalami keresahan dan kebimbangan melampau (anxiety).

Menurut Hanez, dia mengalami keadaan itu selepas melahirkan anak pertamanya, Putri Aleesye, sehinggakan nak makan pun rasa takut dan menyebabkan berat badannya susut.

BACA: Jual Sambal, Hanez Suraya Nafi Rumahtangga Goyah

“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba, ada satu ketika, saya rasa ‘paranoid’ untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut. Saya takut nak makan ayam, saya takut nak makan daging.

“Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan makanan kerana rasa was-was. Berat badan saya juga turut turun. Saya juga lebih suka menyendiri dalam bilik dan tidak mahu keluar,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam masa sama, Hanez juga penah berkongsikan pengalaman tersebut di ruangan Instagram Stories. Dari situ barulah dia mengetahui perkara sebenar yang dialami olehnya.

“Selepas saya berkongsi apa yang saya alami di laman Instagram, ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami ‘anxiety’.

“Selepas itu, saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama.

“Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa. Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif,” ujarnya.