fbpx

Jual Sambal, Hanez Suraya Nafi Rumahtangga Goyah

Pelbagai dugaan juga perlu diharungi pelakon Hanez Suraya. Masih tidak dapat lari daripada dakwaan bahawa rumahtangganya kini goyah gara-gara kerana menjual sambal bilis, Hanez menafikan perkara tersebut selain menjelaskan apa yang dilakukan kini adalah untuk kelangsungan dirinya.

BACA: Tolak Air Manis, Berais Rahsia Langsing Hanez Suraya

“Semua itu hanya andaian sesetengah orang. Bagi saya, mereka memang boleh terus berteka-teki dan mulut masing-masing tentu saja bukan mudah untuk ditutup. Dakwaan kononnya rumah tangga kami goyah tidak betul”

“Malah, pada 14 Mac lalu, saya dan suami menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan kami. Sebelum ini pun saya ada menjalankan perniagaan tudung dan koleksi pakaian sedia untuk pakai. Ketika itu, tiada pula isu saya berniaga sebab rumah tangga berantakan,” jelasnya kepada BH Online.

Selain itu, Hanez menegaskan bahawa golongan wanita seharusnya mempunyai pendapatan sendiri demi memenuhi tuntutan keperluan diri setiap bulan. Malah kini Hanez semakin bersemangat meneruskan perniagaan.

“Sebagai wanita, saya rasa kita perlu ada pendapatan sendiri. Ia memudahkan kita untuk mendapatkan apa yang diingini. Sebelum berkahwin lagi saya sudah terbiasa dengan berbelanja duit sendiri, hasil aktiviti lakonan”

“Lagipun, saya ada tanggungan sendiri seperti cukai pendapatan, kereta dan sebagainya. Saya juga ada ibu bapa yang nak ditanggung, selain keperluan diri,” katanya. (rtky/s)