fbpx

Haneesya Hanee Enggan Beri Komen Isu Arak

Biarpun ibunya sudah tampil memberikan kenyataan membabitkan Haneesya Hanee yang berparti dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari, Haneesya pula masih memilih untuk mengunci mulut.

BACA: “Dah Pukul & Halau Anak Dari Hidup Aku, Tapi..”

“Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan,” jawabnya ringkas kepaa Harian Metro mengenai kontroversi berparti dan meminum alkohol di kelab malam tempoh hari.

Terdahulu ibu Haneesya menjelaskan bahawa anaknya tidak seperti apa yang dilihat dalam video tersebut. Ibunya juga akui Haneesya mungkin sedikit ‘culture shock’ apabil dikelilingi kawan seperti itu.

Bagaimanapun netizen yang kecewa dengan penularan video itu, terutama Haneesya sebagai juara, mendesak pihak Majalah Remaja menarik balik kemenangan yang dimenangi kerana didakwa tidak layak menjadi ikon remaja.

Harapnya kontroversi ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Semoga finalis Dewi Remaja yang terbabit dalam kontroversi ini mendapat pengajaran dengan apa yang berlaku. (rtky/w)