"Tak Terfikir Pula Mahu Report Polis Sebab Kulit Gelap"
Mempunyai tona kulit yang seakan sama, Black Hanifah menasihatkan pelakon baru, Haneesya Hanee agar tidak cepat melatah dengan isu warna kulitnya. Menurut Black, keunikan yang dikurniakan itu sepatutnya dijadikan senjata untuk terus mengembangkan bakat dalam industri.
BACA: Ibu Haneesya Hanee Mahu Saman Netizen Hina Warna Kulit Anak
“Pada pendapat saya Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial. Dia masih terkejut dimana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia”
Tidak terlepas dari ejekan mengenai warna kulitnya, Black tidak terasa hati apalagi mahu membuat laporan polis berkenaan hal itu. Malah kata Black, beliau menganggap kulitnya itu sebagai kelebihan buat dirinya dikenali.
“Jadi saya nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata. Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap”
“Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri. Pada saya Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya,” katanya.
Ada benarnya kata Black, sesuatu isu itu jika dipandang secara negatif maka negatiflah jadinya. Harap Haneesya mendengar nasihat yang diberikan, apapun bakat harus dipentingkan bukan tona warna kulit. (rtky/w)
- SUMBER
- M Star Online
bgus black…
Betul black. Nama gelaran pon black. Famous dgn black. Dia chill je. Tp black, perempuan selalu sensitif skit, nama pun perempuan.kalo mcm lelaki xkisah nama gelaran bob utk chubby, tp kalo perempuan kena panggil bob, dan tentu sedih.mcm tu juga kot dgn hanee.
Black, sebenarnya die trigger sebab die takde bakat die nak publisiti latu, ko ada bakat jadi ko memang la tak kisah.