Pelakon Nadhir Nasar menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok sedang santai menikmati kuih di dalam kereta.
Tidak menulis sebarang kapsyen pada hantaran berkenaan, video Nadhir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
BACA: “Mereka Pandai Masak” – Nadhir Nasar Cari Jodoh Wanita Kelantan
Rata-rata peminat wanita memuji wajah tampan pelakon itu serta ada yang mengatakan sedang makan pun tetap kacak.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian komen ditinggalkan Nadhir pada satu hantaran peminatnya mengatakan rupa paras kacak bukan jaminan perempuan kekal setia.
