Hana Hilang Sabar Watie Langsung Tak Bayar Hutang
Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana Adnan sudah hilang sabar apabila pelakon Watie Sadali enggan membayar hutang ansuran sebanyak RM2,500 sebulan seperti dipertintah Mahkamah Sesyen Selayang pada 2017.
Memetik mStar Online, Hana berkata Watie tidak pernah membayar satu sen kepadanya mahupun bertemu dengannya untuk mencari jalan seandainya sukar untuk melunaskan bayaran yang ditetapkan.
BACA: Watie Elite Tak Mampu Bayar Saman Hana Elite
“Saya masih berlembut hati untuk dia datang kepada saya seandainya dia mempunyai masalah membayar ganti rugi yang diperintahkan mahkamah.
“Seandainya dia masih anggap saya sebagai kawan, setidaknya beritahu saya jika dia hanya mampu bayar sedikit… bukannya diam dan tidak ada usaha buat sebarang bayaran,” katanya.
Terdahulu, Hana menang saman berhubung kegagalan Watie menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.
Hana mendakwa dia membuat pinjaman bank pada September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon itu tidak layak untuk membuat pinjaman.
Bagaiamanpun, Watie gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurang dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga Hana diisytiharkan muflis.
Pada Mei 2017, Hana memfailkann tuntutan saman penghutang terhadap Watie Makhamah Sesyen Selayang memerintahkan Watie membayar ansuran sebanyak RM2,500 sebulan sebagai ganti rugi tuntutan ganti rugi sebanyak RM707,315.83.
Dalam pada itu, Hana turut kecewa apabila mendapat tahu Watie hidup mewah dan perniagaan banyak untung sedangkan dia menderita bertahun-tahun kerana hutang.
“Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TikTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah.
“Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hutang tetapi dia boleh hidup senang-lenang,” katanya.
Menurut Hana lagi, dia terpaksa meunggu selama tiga tahun untuk membuka semula fail kes berkenaan di mahkamah kerana mengumpul duit membayar peguam.
“Kalau tanya saya kenapa baru sekarang nak failkan, jawapannya sebab saya tak ada duit nak bayar peguam. Tiga tahun ini saya ambil masa kumpul duit, lebih-lebih lagi waktu pandemik… semua orang struggle tiada pekerjaan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Kesian mengemis duit sendiri.sbbtu i tk kan bg pinjam member walau seratus.sbb tknak putus kawan.bila berutang kemain jnji.
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas almari
Hutang duit tak mahu bayar
Janji nak bayar tetapi lari…
Sekian…
Mmg ramai org yg jenis suka pinjam duit org tp susah nak bayar atau mmg x bayar langsung! Bab duit ni mmg sensitif laa sbb ada yg mmg jenis suka ponteng duit org walau mrk pun berduit! Tabiat mcm ni bergantung dgn kesedaran jugak jenis yg x knl halal haram bila libat duit ni mmg susah nk ckp. Pantang nmpk duit dia main bedal jek x kira hak sapa pun yg penting bg dia dpt duit!!!!
kesian hmpir sejuta tu…rsenye mmg dia xkn byr..tp byr sikit2 ok la jgk..entah la cm x takut kt akhirat nanti..hutang kne settle woi..
Aku tngk laa industry hiburan melayu ni lbh bnyk masalah dari manfaat pun. Sbb kebanyakkan artit2 ni masa mrk muda, glamour, popular x ingt dunia tonggang terbalik dia dlm dunia fantasi dia. Bila dah masuk midlife crisis ha baru dia mengelupur nak cari duit sbb sedar diri dah x brp nk laku! Bila dah tua dah sakit mula laa jd pengemis dan merayu2 mintak simpati dan salahkan sana sini sbb mrk jd susah! Benda ni kalau mrk ada buat perancangan hidup, pandai develop kerjaya dan sesuaikan dgn usia masing2 sebenarnya boleh maintain utk berjaya spt Datuk Yusof Haslam dll penerbit, pengarah. Tp sbb mrk ni leka dan berangan konon mrk akan glamour sampai mati tu yg akhirnya mengemis dihujung usia
pengajaran utk smua, baik mcm mane pun dgn kwn.. jgn la bg pnjam,,,akhirnya nnt kta yg kna mgemis duit sndiri… dah pnah ada pngalaman. last2 sbb penat mengemis tpksa halalkan… lpas pd tu mmg susah nk bg org pnjam dah…
betol.. beli bnda lain ada duit, post beli mcm2. mkn mcm2 tp duit hutang org xnk byr. org mcm ni bsepah. last2 tpksa ptus kwn.
Tak malu ker wati……sengeh sengeh kat tv rupanya kaki kelentong
Pernah dengar satu ceramah ustaz ni . Tp da lupa nama dia.. katanya hutang ni walaupun kita halalkan.. si penghutang masih x lepas dr kena bayar.. kena bayar juga sampai habis .kita halalkan utk diri kita.. bukan utk dia..
Aku sudah beberapa kali komen dlm blog ni tak usahlah nak main saman2 sama retis mesia ni. Kalu menang pun gerenti tak leh kutip punya sbb realitinya retis mesia takde duit nak bayar. Buat gempak propa main saman nak up mcm artis Hollywood boleh lah. Aku pun tertanya jugak fee guaman dorang ada setel ke?
@Durianbesi, ustaz ko tu salah sangat. Kalu pemberi hutang sudah halalkan maknanya halal lah. Sbb itu selepas solat jenazah, waris simati akan tanya sumer yg hadir supaya beritahu waris jika simati ada berhutang supaya dpt dilunaskan oleh waris dan jika tidak mintak dihalalkan.
Li’l Abner..
Jadi bila org berhutang dgn kita, dan kita dh mintak byk kali, tapi dia msh enggan nk bayar..
So..kita diamkan saja la?
Gittew???
Seronokla yg berhutang kannnnn..
SUKU, jgn diamkan saje gi saman. Bila nak file affidavit ko kena bayar fee utk file saman dan jgn lupa bayar peguam yg berkhidmat utk ko tu. Pastu bila dah gi bicara beberapa hari katalah ko pun menang saman dan hakim arah defendant bayar katakanlah RM20 ribu. Hepilah ko tp ko agak defendant akan bayar ke idok? Ko belum apa2 lg dah kena bayar kat peguam ko tp duit RM20 ribu tu kirim salam jelah. Jd nasihat aku jgn diamkan saje gi saman.