Watie Elite Tak Mampu Bayar Saman Hana Elite
Gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dua tahun lalu sehingga kini, Hana Elite sekali lagi telah memfailkan saman terhadap rakan kumpulannya, Watie Sadali atau lebih dikenali sebagai Watie Elite.
BACA: Hana Elite Lega Mahkamah Putuskan Watie Elite Bersalah
Menurut laporan Harian Metro, dalam permohonan itu, Hana memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berkenaan kegagalannya membayar hutang berkenaan.
Menurut Watie yang turut ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey ketika ditemui pemberita berkata, dia tidak membayar jumlah yang dituntut Hana kerana tidak berkemampuan.
“Saya tak mampu membayar jumlah tuntutan RM707,351.83 kerana tidak ada pendapatan tetap dan bukannya orang kaya,” jelasnya ketika selepas prosiding dijalankan. Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan kes.
Sebelum ini, Hana telah diisytihar muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.
Memetik kembali temu bual bersama Hana oleh Harian Metro, Hana sebelum ini ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta (Toyota Wish). (rtky/s)
Aku cian KT joey dpt Bini kaki hutang…sapa2 yg lum kawin kene semak pasangan muflis ke idak…jgn nk cek status bujang je….nnt lepas kawin merana…org gi honeymoon ko gi Turun naik court.
Hahahaaa kannn..
Manusia Jenis liat byr utang ni… Ni jer pengajarannya..
ni mkn kwn…ko ngat kwn ko tu x reti law ker padan muka ko wati…ada ank tp x moo ngaku ank..ibu jenis apa ni..baru kau tau apa erti kwn sejati..x der duit ada hati nk pakai toyita wish…malu nyer….jkkmk
RM707 RIIIIIBUUUUUUUU?????
NI HUTANG KRETA KE HUTANG KRETA KEBAL?????
Kwn dah tolong ko loan kete ko x bayar dah nape? Dah tau x mampu idup susah yg ko gatal beli keta mewah toyota wish sapa suruh? Bli laa keta Exora jer ke? Ni laa idup nk bergaya tp xde duit, lps tu x bole bayar! Kan dah menyusahkan org! Skang ko jugak yg susah nk kna bayar 707k tu. Artis2 lain makin maju dgn bisness dan kerjaya ko x pandai berjimat dpt gaji berlakon ko joli katak dah susah skang.
Nasib baik kawan ko..kalu along da kudung ko…skrg mendapat la ko nangis x blagu…masa org mintak baik2..ko main2…ko ingat dia bole bsabau…ko da bhutang ko tunjuk langsi…negara ada undang2 wei.
Tu laa jd artis ni bkn semua glamer dan kaya raya! Dlm tv masa berlakon yer laa ingt hebat sngt jd mak datin, jd org kaya tp tu semua lakonan. Dlm real life kalau x pandai urus ekonomi dan financial, dpt gaji belas ribu pun x jd apa. Wati ni menyanyi pun x berjaya, berlakon pun jd watak2 pembantu jek dah tentu x dpt gaji mcm Janna Nick, lofa dll aktress popular tu. Sbb tu dia struggle nk bayar hutang. Hidup ni biar berpada2 jgn mewah melampau2 sampai x terbayar hutang, cukai pendapatan dll wang ansuran. Ni malu diri sendiri jugak.
Erm kalo x bole bayo mmg masuk jel laa minah ni nnt. Tu laa dulu sblm bawa ke mahkamah ko xnk berunding, bayar ansur2 ke cmne. Bila mahkamah dah tetapkan 300k ko masih buat degil bodoh ko xnk bayar atau merayu. Ni dah naik 700k baru ko menangis2 mintak kurang? Alahai wati2…
Nasib baik lhdn x cr klu x lg haru biru hihi
Lhdn sila bertindak toyota wish mampu pakai tax sila byr
balasan utk perampas suami orang….padan muka dua2….bekas bini joey tgh ketawa golek2
Tu joey menang dpt duit maharaja lawak tmpat ke 3 tu xde tlong wati byar hutang ke? Buat2 lupa last2 sman naik lagi trus tcenggang. Ptot xbyar dlam tmpoh bberapa lama trus blacklist n muflis je baru xnyusahkan pnjamin. Muka joey cam menahan gelak je tu.
p/s-wish xde r mewah mne pun bwah RM150k je klau japan spec bwah RM200k je.