fbpx

Hana Azraa Dedah Foto Skandal, PU Abu Curang Lagi?

Baru sahaja reda kontroversi menceraikan isterinya ketika sarat hamil, nampaknya nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi ramai apabila rumah tangganya bersama Hana Azraa dikatakan bermasalah.

Tular di media sosial apabila Hana mendakwa kononnya suaminya bermain kayu tiga serta turut mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung sebagai skandal baru suaminya.

BACA: PU Abu Teruja Bakal Timang Anak Dengan Hana Azraa

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Hana mendakwa wanita tersebut merupakan kekasih hati suaminya yang baru. Perkongsian Hana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut.

Malah, ada netizen mengatakan padan muka kepada Hana Azraa dan mungkin ini adalah balasan di atas apa yang berlaku kepada bekas isteri PU Abu sebelum ini iaitu Ain Afini. Tidak kurang juga ada yang mengatakan, jika seseoran itu sekali curang tidak mustahil akan berlaku curang lagi.

Umum mengetahui Hana kini sedang sarat hamil anak sulungnya bersama PU Abu dan sedang menunggu detik kelahiran tidak lama lagi.

Terdahulu, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya ketika sarat hamil selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.