fbpx

PU Abu Teruja Bakal Timang Anak Dengan Hana Azraa

Bakal menimang cahaya mata sulung bersama isterinya, Hana Azraa, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mengaku sangat teruja dan tidak sabar untuk menanti detik terindah itu.

Menerusi Instagram, PU Abu memaklumkan kandungan isterinya sudah memasuki 37 minggu dan sedang menunggu waktu untuk dilahirkan. Difahamkan, PU Abu baru sahaja terbang ke Tanah Suci bagi membimbing jemaah Umrah.

BACA: PU Abu Impikan Meninggal Dunia Di Madinah

“Hari ni aku terbang ke untuk bertugas sebagai pembimbing jemaah seramai 40 orang demi sesuap nasi dan hari ni juga cukup anak aku 37 minggu 2 hari. Alhamdulillah.Baki tinggal beberapa hari bersalin,aku serah segala urusan aku kepada kau ya Allah.

Dalam pada itu, PU Abu turut berharap agar anaknya itu lahir selepas dia pulang tanah air kerana mahu menyambut cahaya matanya itu. PU Abu turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja dan proses kelahiran akan dipermudahkan.

“Tunggu abi balik ye? Jangan keluar dulu taw.Abi nak pastikan tangan abi adalah orang kedua yang sambut selepas doktor. Moga selamat semuanya sehingga ke waktunya dan agar semuanya dimudahkan Allah,” tulisnya.

Perkongsian PU Abu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ada yang mengatakan Hana cukup bertuah kerana suami sentiasa ada disisi ketika hamil berbanding bekas isterinya, Ain Afini yang keseorangan.

Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini. Semoga kesihatan Hana Azraa dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel PU Abu Junior!