fbpx

Han Byul Juara Big Stage 2019, Bawa Pulang RM100,000

Seperti dijangka, peserta kegemaran ramai dari Korea, Han Byul, diumumkan sebagai juara Big Stage 2019. Han Byul membawakan lagu Lose Yourself daripada Eminem dan single terbaru berjudul Luka dan Bahagia nyata membawa tuah buat penyanyi ini.

Han-Byul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro berserta trofi.

BACA: “Saya Akui Silap, Layak Terima Semua Ini, Saya Bodoh”

Naib juara, Neeta Manisha membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi Big Stage. Neeta membawakan lagu berjudul I Wanna Dance With Somebody manakala lagu kedua iaitu singlenya yang terbaru, Ruang Mimpi.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Adzrin, berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi Big Stage.

Afieq membawakan lagu All Of Me dan singleserta menyanyikan lagu solonya yang terbaru Picisan.

Tempat keempat yang diraih oleh Irfan Haris berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000, serta trofi Big Stage. Irfan membawakan lagu lagu nyanyian Flybaits yang berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan lagu single yang terbaru berjudul, Honey.

Manakala di tempat kelima dimenangi oleh Dinda Permata yang berjaya membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi Big Stage.

Pada malam itu, Dinda menyanyikan lagu dangdut, Simalakama dan lagu singlenya yang terbaru berjudul Ku Tak Bisa.

Berikut merupakan senarai pemenang Big Stage:

Juara: Han Byul
Naib Juara: Neeta Manisha
Tempat ketiga: Adzrin
Tempat keempat: Irfan Haris
Tempat kelima: Dinda Permata