fbpx

Hampir Sebulan Menyepi, Rupanya Akaun IG Caprice Disekat

Selepas hampir sebulan tiada khabar berita dari Caprice apabila tiada perkongsian daripada penyanyi rap, akhirnya segala persoalan netizen terjawab rupanya akaun IG miliknya disekat.

Memetik mStar Online, Caprice berkata perkongsian sebuah video yang dimuat naik pada 4 Oktober lalu dikatakan mengandungi unsur buli dan gangguan.

BACA: Dah Lepas 21 Oktober, Mana Tiger Of Al Quds Caprice?

“Akaun kena suspended sebab last video kena report banyak kali. Insya-Allah minggu ini dapat post balik,” katanya.

Hasil tinjauan di Instagram, kali terakhir Caprice memuat naik perkongsian mengulas mengenai isu gangguan seksual oleh rakan sekerja pada 8 Oktober lalu.

Tambah Caprice, akuannya kemungkinan akan dipadam jika terus melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan pengendali platform berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai single terbaru, Tiger of Al Quds yang sepatutnya dilancarkan pada 21 Oktober, Caprice berkata dia masih belum memilih tarikh baru.