fbpx

Dah Lepas 21 Oktober, Mana Tiger Of Al Quds Caprice?

Rasanya lama tak dengar cerita mengenai penyanyi rap, Caprice. Malah hasil tinjauan mendapati hampir sebulan Caprice menyepi daripada memuat naik entri di media sosial.

Pasti ramai tahu sepatutnya pada 21 Oktober lalu, Caprice melancarkan single rap terbaharunya, Tiger of Al Quds selepas ditangguhkan 10 Oktober.

BACA: Caprice Sakit Hati Diejek Acah-Acah Speaking, Pelat

Lagu dan muzik video berkenaan telah dirakamkan di Jordan dan Mesir ketika Caprice berada disana untuk menjayakan misi kemanusian di Palestin.

Melihatkan pada perkongsian Caprice, kali terakhir penyanyi itu memuat naik hantaran adalah pada 8 Oktober lalu dimana dia memberi pandangan mengenai isu gangguan seksual di pejabat.

Susulan itu, rata-rata netizen tertanya-tanya dimana Caprice sekarang selepas tiada khabar berita daripadanya sejak awal bulan ini.

“Mana Caprice? Suarakanlah pendapat tentang benda-benda begini. What’s on the news today (signatur cogan kata Caprice) hello?,” tulis seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk menghubunginya menemu jalan buntu apabila panggilan telefon dan pesanan WhatsApp tidak berbalas.