fbpx

Hampir Sebulan Ditidurkan, Ibu Syamel Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55 tahun disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur pada jam 10.09 malam tadi.

Hampir sebulan dirawat akibat kekurangan oksigen, Syamel berkata doktor sudah melakukan yang terbaik namun Allah lebih menyayangi arwah ibunya.

BACA: Baru Buka Berapa Bulan, Ernie & Syamel Terpaksa Jual Kedai Makan

“Doktor dah cuba yang terbaik tapi bukan rezeki, Allah lebih sayangkan umi. Saya reda dengan pemergiannya. Sekarang saya masih dalam proses menguruskan jenazah di hospital. Mungkin akan dibawa ke surau berdekatan dengan rumah.

“Saya akan lakukan yang terbaik mengikut SOP memandangkan dalam situasi sekarang. Insya-Allah kalau tuada apa-apa jenazah akan dikebumikan pada tengah hari esok,” katanya.

Terdahulu, pada Julai lalu Syamel memaklumkan ibunya masih koma selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan.