“Hampir Sama Macam Sebelum Ada Baby” – Atikah Suhaime Berjaya Kurus

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan dia berjaya mendatkan bentuk badannya seperti sebelum menimang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Atikah berkongsikan usahanya mengamalkan diet yang sihat, senaman serta melakukan kardio berbaloi.

BACA: Atikah Suhaime Pangku Anak 5 Jam Dalam Kereta Gara-Gara Terpengaruh Video TikTok

“Selepas diet yang sihat, bersenam, kardio dan menangis semasa pilates. Saya tak percaya. Badan hampir sama macam dulu sebelum ada baby,” katanya.

Sementara itu, Atikah sempat berseloroh bertanyakan kepada suaminya, Datuk Lokman Teh untuk menambah cahaya mata lagi.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.

×