fbpx

Hampir Kena Sihir, Aeril Zafrel Ajak Pelaku Bersemuka

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Aeril Zafrel mendedahkan dia dan keluarga hampir menjadi mangsa sihir apabila menemui tiga objek misteri.

Aeril meluahkan rasa syukur apabila objek itu berjaya dikesan selepas dia menerima bantuan daripada orang yang mahir dalam hal-hal tersebut. Bagaimanapun, Aeril tidak memberitahu dimana objek tersebut ditemui.

BACA: Aeril Zafrel Terus Ambil Wisma, Buka Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan

Dalam entri itu, Aeril memohon maaf jika ada pihak yang terguris hati dengan perbuatannya sebelum ini dan memaafkan individu tersebut serta menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.

“Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada Allah Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya,” tulisnya.

Aeril turut mengajak individu itu untuk bersemuka jika masih tidak berpuas hati dan dia sedia mendengar serta berlapang dada untuk membetulkan kesilapannya.