Aeril Zafrel Terus Ambil Wisma, Buka Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Aeril Zafrel memaklumkan bakal membuka perniagaan baru berasaskan makanan ringan yang diberi nama Rielkies.
Menurut Aeril, perniagaan baharu itu bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan terutama buat mereka yang terjejas susulan pandemik Covid-19.
BACA: Jaga Pengurus Demam, Aeril Zafrel Disahkan Positif Covid-19
“Produk untuk perniagaan ini belum dilancarkan lagi, tapi alhamdulillah sudah 2,000 peniaga yang mahu turut serta. Pada awalnya saya mencari 1,000 saja, tapi atas permintaan saya tambah lagi.
“Kebanyakan yang menghantar mesej peribadi (DM) adalah mereka yang diberhentikan kerja, ingin membantu suami dan gaji dipotong.
“Malah, ini juga tujuan utama saya mewujudkan perniagaan ini yang mana ingin membantu mereka yang benar-benar memerlukan sumber pendapatan,” katanya.
Yakin perniagaan tersebut akan berkembang maju, Aeril berkata disebabkan itu dia memilih untuk menjalankan operasi perniagaan di wisma.
“Doakan saya menjadi sebaik-baik manusia dan menjadi sebaik-baik ketua, Insya-Allah. Jika orang tanya kenapa terus ambil wisma untuk perniagaan baru ini, sebab saya yakin perniagaan baru saya ini memang boleh pergi jauh.
“Niat saya untuk melabur dalam perniagaan adalah untuk membantu lebih ramai lagi dan semoga memberi manfaat kepada mereka,” katanya.
klau betul dia tlg org yg terjejas..confirm aku beli makanan dia..kire aku tlg jgk org yg susah..
Bagus fikiran dia, memberi peluang pekerjaan…Semoga dipermudahkan…Aamiin.
Yg betul2 niat nk bantu org tu Ebit Lew jek. Yg lain tu bak kata PiRamlee tolong ada makna tuu…
Jika dgn cara dia buka bisnes ni dlt bntu mudahkan kesusahan org dia akan dpt pahala la
Sorry, sgt2 x setuju dengan Yoyo. Niat semua Allah je tahu. Mana awak tahu Ebit Lew betul2 ikhlas? lagipon bersangka baik itu lebeh baik =)
Klon dr adam dan yoyo
Klon dr adam…Hang pun patut bersangka baik kat ebit lew. Mana hang tau dia berniat buruk.
Yoyo…Nak puji seseorg x perlu down kan org lain.
Dh org NK buat baik Tu dia jer lh.at least dia ada niat yg baik.hang Tu xdak benda lain Ka nk Komen?
Bagusnya buka peluang pekerjaan untuk orang yang memerlukan. Sekarang ramai yang takda kerja , InshaAllah kalau niat baik, Allah permudahkan