fbpx

Hamil Tujuh Bulan, Zahirah Macwilson Dipuji Cantik & Tetap Slim

Usia kandungan anak pertama kini mencecah tujuh bulan, penampilan pelakon Zahirah Macwilson menjadi perhatian ramai di media sosial apabila pelakon itu tetap kelihatan cantik dan langsing meskipun sedang sarat hamil.

Menerusi perkongsian terbarunya, Zahirah dilihat ada memuat naik video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi photoshoot. Rata-rata netizen memuji bentuk badan Zahirah yang kekal menawan.

BACA: Hamil 6 Bulan, Penampilan Zahirah Macwilson Dipuji Ramai

https://www.instagram.com/p/CGg2CFyJgOw/?utm_source=ig_embed

Kata netizen lagi, kebiasaannya orang mengandung badan akan kembang sana sini namun berbeza dengan Zahirah yang tetap maintain meskipun tinggal dua bulan sahaja lagi untuk bersalin.

Malah, ada yang bertanyakan tips bagaimana pelakon itu boleh menjaga bentuk badan meskipun sedang hamil. Dalam pada itu, ramai yang memuji baby bump Zahirah yang kelihatan sangat comel dan tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung pasangan itu.

Zahirah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019.