fbpx

Hamil 6 Bulan, Penampilan Zahirah Macwilson Dipuji Ramai

Usia kandungan anak pertama kini mencecah enam bulan, penampilan terbaru Zahirah Macwilson menjadi perhatian ramai di media sosial apabila pelakon itu berkongsikan video tips gaya buat pengikutnya.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai, meskipun sedang sarat mengandung namun tubuh badannya kekal langsing. Malah, ianya tidak menghalang Zahirah untuk tampil bergaya dalam penampilan sehariannya.

BACA: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Bakal Timang Anak Pertama

https://www.instagram.com/tv/CFHlXpwpWR_/?utm_source=ig_embed

Netizen turut teruja melihat penampilan Zahirah yang tetap cantik walaupun sedang hamil. Tidak kurang juga, ada netizen membandingkan diri mereka dengan Zahirah dimana penampilan mereka tidak terurus ketika hamil 6 bulan.

Dalam pada itu, ramai yang memuji baby bump Zahirah yang kelihatan sangat comel dan tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung pasangan itu yang dijangka pada Disember depan.

Zahirah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019.