fbpx

Hamil Sepasang Anak Kembar, Ainan Tasneem Harap Dapat Bersalin Normal

Usia kandungannya kini sudah mencecah 36 minggu, penyanyi Ainan Tasneem yang bakal melahirkan sepasang anak kembar memaklumkan dia jangka bersalin selewatnya pada minggu hadapan.

Berkongsikan keadaan terkininya di Instagram, Ainan berkata dia sering mengalami sakit belakang dan pinggang serta sukar untuk tidur memandangkan keadaan perutnya semakin membesar.

BACA: Ainan Tasneem Mohon Maaf Pertikai Kerja Pramugara

“Sebenarnya memang tak larat dah nak bawak perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, time tido pon lenguh2 badan padahal takda buat apa-apa aktiviti pon.

“Kalau nak tukar position time tidur lagi la subhanallah sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pon tak boleh lama sangat kalau tak memang gigil kaki,” katanya.

Akui tidak sabar untuk untuk kehadiran sepasang anak kembar tersebut, Ainan berharap dapat melahirkan kedua bayinya itu secara normal serta memohon doa peminat agar dipermudahkan segalanya.

“Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu je untuk bersalin sebab twins kan. InshaaAllah minggu ini atau minggu depan dapat jumpa baby twins. Tak sabar!

“Dua dua kepala dah kat bawah, hopefully sangat dapat bersalin secara naturally tanpa induce & dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi. Mohon doa dari semua ya,” tulisnya.

Ainan mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ainan Salsabiela kini berusia dua tahun.