fbpx

Ainan Tasneem Mohon Maaf Pertikai Kerja Pramugara

Baru baru ini, penyanyi remaja Ainan Tasneem menerima kritikan orang ramai apabila membuat aduan terbuka menerusi akaun Instagram beliau selepas tidak berpuas hati terhadap cara kerja seorang pramugara syarikat penerbangan tempatan.

Dalam tulisan di Instagram yang kini sudah dipadam itu, Ainan Tasneem meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pramugara yang didakwa enggan menolong sepupunya memuatkan beg di tempat penyimpanan beg selain bersikap kasar.

BACA: Kritik Pramugara Air Asia Di Instagram, Ainan Tasneem Dikecam (ext.)

Selepas dikritik hebat oleh orang ramai termasuk golongan kru penerbangan, Ainan Tasneem tampil memohon maaf atas apa yang ditulis selain mendakwa beliau tidak terdedah dengan skop kerja sebenar seorang kru kabin.

“Memang silap saya pertikaikan skop pekerjaan kru penerbangan dan saya hanyalah manusia biasa. Saya minta maaf kerana tidak terdedah dengan bidang tugas mereka,” ujarnya kepada mStar Online hari ini.

Screen Shot 2016-03-14 at 9.27.29 AM

“Saya faham ramai kre penerbangan tidak berpuas hati terhadap saya, saya minta maaf tetapi percayalah saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pramugari atau pramugara sebelum ini,” tambahnya lagi.

Namun Ainan Tasneem tetap mempertahankan kritikan beliau dengan berkata apa yang mahu disampaikan adalah cara pramugara itu memberikan respons apabila diminta pertolongan secara baik oleh sepupunya ketika itu.

“Apa yang saya cuba ingin sampaikan adalah cara pramugara tersebut respons kepada pelanggan. Jika benar itu bukan tugasnya kenapa tidak boleh bercakap baik-baik dan berikan senyuman, sejuk hati pelanggan dan kami boleh terima”

“Tetapi bila memberi respon sambil buat muka dan bercakap dengan kasar itu yang saya rasa tidak berapa bagus,” ujarnya. (rtky/m)