fbpx

Hamil Anak Kedua, Siti Nurhaliza Tak Boleh Makan Pedas & Loya Bau Minyak

Kini sedang hamil anak kedua, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dia tidak boleh makan penas sejak disahkan hamil.

Siti berkata terdapat perbezaan hamil bayi lelaki beranding ketika beliau hamilkan Siti Aafiyah sebelum ini. Bagaimanapun, Siti berkata dia tidak mengidam macam-macam seperti kebiasaannya.

BACA: Siti Nurhaliza Kongsi Video Proses IVF, Akui Banyak Kali Menangis

“Saya tiada mengidam macam-macam kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Agak sedih sedikit lah kerana saya memang peminat makanan pedas.Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, dia akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika makan makanan pedas sehigga terpaksa mengelakkan makanan pedas.

“Hamil anak lelaki ini pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini. Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Siti mengakui sejak hamil dia jarang masuk ke dapur kerana mengalami simpton loya jika terhidur bau minyak dan mudah penat.

Usia kandungan sudah memasuki trimester ketiga, Siti dijangka bakal melahirkan bayi keduanya April ini.