Siti Nurhaliza Kongsi Video Proses IVF, Akui Banyak Kali Menangis
Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-42, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsikan video istimewa beliau menjalani proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) untuk kehamilan kedua.
Video tersebut dimuat naik olehnya menerusi saluran YouTube miliknya. Menurut Siti, proses kali kedua ini agar mendebarkan memandangkan sudah beberapa kali gagal ketika menjalani proses tersebut.
BACA: Tak Dapat Turun Pahang, Siti Nurhaliza Hantar Selori Bantuan
“Rasa sama macam Aafiyah dulu. Cuma tinggal lagi masa Aafiyah dulu tak adalah nak menangis banyak sangat. Tetapi kali ini, ada. Saya menangis lebih sikit,” katanya.
Menerusi video berkenaan, Siti turut berkongsikan beberapa prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) yang gagal selama ini. Siti turut berkongsikan proses suntikan IVF yang dilakukan pada 14 Ogos 2020 yang jatuh pada hari Jumaat.
Ujarnya, selepas suntikan tersebut dia perlu berehat di rumah selama 10 hari. Malah Siti juga perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan termasuk solat dalam keadaan duduk.
“Proses sama macam proses kehamilan Siti Aafiyah, melalui proses IVF. Cuma kali ini lebih simple sebab baby tu dah ada, dia sama tarikh dengan Aafiyah, cuma Aafiyah saya mulakan dengan cucuk dan sebagainya.
“Tapi kali ini saya cuma makan beberapa ubat bagi persediaan untuk baby itu masuk dalam perut saya,” katanya.
Pada Disember lalu, segalanya terjawab apabila Siti sendiri mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan.
Malah, Siti mendedahkan bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.
Ct nko mcm akk, akk preggy anak yg second.. Dia nyer gembeng tahap mcm nnek neng yatimah!! Sikiit² leleh.. Sikit leleh.. Pmbawak gamaknyer..
Korang punya nangis is nothing at all compared to the cries of flood victims, job loss victims, covid death of family members. And now mco and emergency. Lets start to be matured more during this tough time
Btl tu Bored….Penderitaan rakyat lg penting…
jangan happy sangat
Usia dh dkt separuh abad kita akan jd lebih sensitif dan cembeng. Anak2 perlu fhm. This is cycle yg perlu kita fhm. Baby x de gigi. Menangis kuat. Dah besar tumbuh gigi. Then kita usia dewasa. Then tua. Gigi pun longgar. Then hormon berubah. Then jd mxm baby semula. So korang yg muda remaja kat sini jgn kecam sgt. Mmg kita sdg harungi kesukaran hidup, tp x semestinya kita x boleh give out some empathy atau love for free. Bkn nya dia minta duit pun. InsyaAllah Allah akan beri kita kebaikan, dgn setiap kebaikan yg kita laku atau katakan walaipun kecil zarah atom.
Mana komen aku. Type byk2 hilang
Ape lg kisah retis klau bukan perihal berjimak dan hasilnya. ?
Kalau la byk malaysians macam ‘bored’ aman sikit negara drpd cerita2 yg kurang faedah zaman pandemik ni.
Rindu zaman Siti masa muda remaja dulu.
Dia nangis pun sebab hormon, not bcos of immaturity..and with all the disasters happening around, here you are reading entertainment news and talking bout being mature
Wanita sekarang dh tak tahu malu. Posing muka buat mimik yg paling sweet tunjuk gambar rahim. Pembaca yg tua, muda, laki, perempuan semua blh baca & tengok. Selebihnya terpulang pd imaginasi & interpretasi masing2.
Apa2 pun kita doakan yg baik2 utk semua rakyat terutama sekali yg menghadapi musibah penyakit & banjir.