Usia kandungan sulung kini sudah mencecah 32 minggu, Zahirah Macwilson yang kini berada di Perth, Australia bersama suami, Aiman Hakim Redza meluahkan rasa gembiraberat badannya naik sehingga 10 kilogram.
Memilih untuk berada dengan ibunya sepanjang detik kelahiran, Zahirah tidak sabar menantikan kehadiran zuriat pertamanya itu. Menerusi Instagram, Zahirah turut memuat naik foto bersama Aiman sedang berada di tepi pantai.
BACA: Hamil Tujuh Bulan, Zahirah Macwilson Dipuji Cantik & Tetap Slim
“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata pengikutnya juga tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata sulung pasangan tersebut serta mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin kelak dipermudahkan.
Bulan lalu, Zahirah dan Aiman mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga selamat melahirkan. Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.