fbpx

Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Bakal Timang Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga pasangan itu bakal menimang cahaya mata sulung mereka.

Berira gembira itu dimaklumkan menerusi Instagram sebentar tadi, Aiman memberitahu usia kandungan isterinya sudah mencecah enam bulan.

Menerusi entri itu juga, Aiman turut  berkongsikan gambar imbasan kehamilan. Aiman berkata dia tidak sabar menantikan kehadiran zuriat mereka itu.

Bagaimanapun, Aiman tidak mendedahkan jantina anak yang bakal lahir kelak kepada umum.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan berita gembira itu serta mendoakan proses kehamilan dan bersalin kelak dipermudahkan.