fbpx

Hamil 3 Bulan, Hana Azraa Mudah Penat & Banyak Ragam

Usia kandungan mencecah tiga bulan dan bakal menyambut cahaya mata hasil perkahwinan dengan Pencetus Ummah (PU) Abu, Hana Azraa memberitahu dirinya kini cepat rasa letih dan banyak ragam.

Malah, Hana memberitahu dia juga tidak boleh berjalan dalam tempoh lama dan pasti akan mudah penat. Bagaimanapun, Hana berkata dia bernasib baik kerana ada yang sudi melayan kerenah ibu hamil.

BACA: Status ‘Ibu Tunggal’ Hana Azraa Timbulkan Persoalan

Diruangan komen, ramai netizen memberikan pendapat bahawa usia kandungannya sekarang sememangnya membuatkan si ibu cepat penat. Malah, ada yang memberikan kata semangat buat wanita itu yang kini sedang berbadan dua.

Terdahulu, Hana ada memuat naik video ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita hamil. Bagaimanapun, Hana berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan sebarang berita kepada umum.

Apa pun semoga proses kehamilan dipermudahkan dan kami mendoakan yang baik-baik buat Hana Azraa serta anak dalam kandungan.