fbpx

“Hak Dia Nak Padam Gambar Saya, Jangan Buat Spekulasi”

Berikutan kontroversi rumah tangga terdahulu, ramai tertanya-tanya mengenai status Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz. Terbaru, ada mendakwa Aliff sudah memadam semua gambar isterinya di Instagram.

BACA: Bella Astillah Jadi Tempat Mengadu Wanita Masalah Suami Curang

“Saya tak pasti mengenai perkara itu, tak mengapa, hak masing-masinglah. Lagi pun kita tak tahu foto-foto tersebut dipadam atau disembunyikan, jadi jangan cepat sangat kita berspekulasi”

Manakala menjawab pula pertanyaan status mereka suami isteri, Bella memberitahu beliau hanya ingin meneruskan hidup dengan positif bersama anaknya dan tawakal serta berserah kepada Allah sahaja.

“Saya cuma harap yang terbaik selepas ini. Ini sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang. Sebabnya, saya kini belum betul-betul bersedia nak menjawab soalan tentang rumah tangga”

Menurut Bella, sekarang beliau cuba menyibukkan diri mengusahakan perniagaannya dan membawa anaknya sekali agar tidak berjauhan. Jelasnya lagi, beliau gembira ‘hidup’ dengan cara begitu.

“Saya sibukkan diri dengan bisnes, untuk memastikan saya tidak berenggang dengan Ayden, saya bawa dia pergi berniaga sekali. Ya, saya ‘happy’ dengan cara hidup sekarang,” jelasnya. (rtky/w)