fbpx

Bella Astillah Jadi Tempat Mengadu Wanita Masalah Suami Curang

Meskipun ramai netizen kurang senang dengan tindakan Bella Astillah yang sebelum ini mendedahkan kisah pergolakan rumah tangganya di media sosial, namun ia sedikit sebanyak membuka mata wanita diluar sana dengan ketabahannya berdepan dengan ujian tersebut.

Menerusi Insta Story, Bella mendedahkan dia sering menerima mesej daripada wanita senasib dengannya yang berkongsikan masalah kecurangan suami mereka serta meminta nasihat ketika berdepan masalah rumah tangga.

BACA: Dedah Suami Curang, Netizen Muak Dengan Tindakan Bella Astillah?

“Saya selalu sangat terima DM macam ni. Masaallah saya tersentuh sangat dengan cerita-cerita mereka. Saya faham sangat macam mana mereka rasa.

“Minta maaf memang saya tak mampu untuk reply semua tapi saya baca mesej anda. Jadi, saya nak bagi cadangan untuk join seminar sebab saya pun sertai. InsyaAllah boleh bagi kekuatan pada kita semua,” katanya.

Pada tahun 2017, Aliff Aziz pernah mengecewakan hati isterinya apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Namun, Bella membuat keputusan untuk memaafkan suaminya.

Namun, bulan lalu, Aliff sekali lagi didakwa curang berlaku curang bersama seorang pelakon baru, Oktavia Manrose.