Mengakui kesalahannya kerana tidak menjelaskan bayaran bil elektrtik yang tertunggak selama 5 bulan, Hairul Azreen menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku lagi selepas ini. Akibatnya, mereka sekeluarga tidur bertemankan lilin.

BACA: Doa Hairul Azreen Buat Keluarga Belum Ada Anak Sebak


Perkara itu dikongsikan oleh Hairul sendiri di laman Instagram. Ternyata tindakannya itu turut mengundang pelbagai komen dan ada yang menyifatkan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.


Tidak kurang juga ada yang memberikan nasihat agar Hairul lebih beringat serta memberikan tips mudah potongan wang melalui bank pada setiap bulan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Namun apa yang mencuri tumpuan pastinya gelagat anaknya, Yusuf Iskandar dan juga kucing kesayang iaitu Bujibu yang terpaksa bergelap. Muka Bujibu kelihatan serius di dalam kegelapan bersiramkan cahaya lilin.



Apa pun, apa yang dialami oleh Hairul ini merupakan perkara biasa saja dan kadang-kadang sebagai suami dan juga manusia, memang ada perkara yang terlepas pandang. Hikmahnya, perkongsian Hairul mungkin boleh menjadi peringatan juga buat sang suami di luar sana. (rtky/s)