Doa Hairul Azreen Buat Keluarga Belum Ada Anak Sebak
Seringkali wajah Yusuf Iskandar menjadi penyeri di laman sosial Instagram mahupun di Facebook. Ada yang sangat menyenangi kehadiran cahaya mata Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini dan ada juga yang sebaliknya.
BACA: Hairul Azreen Nafi Kaut Untung Dari Anak
Baru baru ini Hairul Azreen telah berkongsi satu video beserta caption yang menyentuh perasaan melalui akaun Instagram anaknya itu. Malah ada di antara ribuan komen yang hadir di situ berkongsi perasaan yang sama seperti apa yang diluahkan oleh Hairul.
“Ada di antara mereka stress dengan urusan harian tetapi happy selepas tengok telatah kamu, ada di antara mereka belum kahwin tetapi berniat mendirikan rumah tangga selepas tengok kecomelan kamu. Ada juga yang belum ada rezeki mempunyai cahaya mata tetapi mendapat semangat dan terus berusaha selepas tengok kecerdikkan kamu”
“Ya Allah kurniakanlah kepada penyokong keluarga kecil saya ini cahaya mata bagi mereka yangg belum ada rezeki dan bahagiakan mereka dunia akhirat,” antara luahan hati Hairul di Instagram.
Selain menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang memberi inspirasi buat orang ramai di luar sana, pelakon lelaki ini juga turut berharap agar Yusuf akan menjadi insan yang berakhlak mulia dewasa nanti. Semoga doa kalian semua dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki. (rtky/s)
begitu ya
iya
oke
iya
aminnnn…alhamdulillah…terima kasih atas doa ko bro…semoga ko sekeluarga juga dilimpahkan rahmat Allah SWT…
Sebak pulak aku baca… menitis ayaq mata! tq hairul doakan kami yg belum ada anak lagi ni… hrp sgt2 ada anak secepat mungkin… Ya Allah! kpd sape2 yg belum dikurniakan anak… doalah byk2 kpd Allah SWT… In Sha Allah~
Amin ya Allah…semoga dipermudahkan..
ada baca artikel tentang kesihatan. Adalah di galakan suami isteri ambil supplemen fish oil yg mengandungi omega 3 dan omega 6 jika ingin mendapat zuriat. Cuba lah… mana tau berkesan.