Hairul Azreen Sekeluarga Dipelawa Naik Kapal Mewah Tan Sri Vincent Tan
Baru-baru ini, keluarga pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi perhatian ramai apabila menaiki helikopter bercuti ke Pulau Redang.
Selepas menaiki helikopter, keluarga itu menyambung percutian mereka dengan menaiki kapal layar mewah milik ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.
BACA: Tak Perlu Bersesak, Hanis Zalikha & Hairul Azreen Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hairul memaklumkan tidak sengaja bertemu salah seorang individu terkaya di Malaysia yang mempelawa mereka sekeluarga menaiki kapal mewahnya.
View this post on Instagram
Katanya lagi, mereka sepatutnya pulang lebih awal namun rezeki buat keluarga mereka apabila menerima undangan Tan Sri Vincent Tan yang ketika itu baru selesai berenang di pulau berkenaan.
Perkongsian Hairul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja dan tumpang gembira apabila keluarga itu mendapat peluang bertemu dengan ahli perniagaan hebat berkenaan.
Org cina kalau kaya…humble nyer…relax aja.
Tan Sri Vincent memang humble.
Pstu hairul azreen ni jakun la kan hahahahahhaahahahahhah kampungan org relax je hidup mewah dia culture shock
Sbnrnya nk menunjuk..tu aje..
Laki bini ni mmg suka menunjuk pn. Yg bini acah2 mommy muda yg serba tahu sume bnd. Yg suami try hard sgt nk tunjuk kayo. Padan la jd laki bini.